Thursday, November 27, 2025

BANTUAN CARPET, PA SYSTEM DAN BANJIR

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, pada 15/11/2025 carpet di Surau Syifa Balai Pelawat Hospital Sg Buloh telah ditukar baru. Setelah agak lama untuk mengumpul dana akhirnya surau ini dapat salinan carpet baru lebih selesa untuk semua pelawat hospital dan warga HSB untuk solat disini, walaupun tidak semahal dan setebal carpet di masjid-masjid semoga pihak HSB menjaganya dengan baik.

PA System baru yang lengkap dengan speaker luar untuk memudahkan Bilal surau azan telah diberi atas sumbangan individu dari MSU untuk kegunaan disurau. Semoga pihak Ajk surau dapat manfaatkan sumbangan yang telah diberi dengan baik. 

Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang telah sudi menginfak sedikit dari harta kalian untuk carpet surau dan mangsa banjir, semoga Allah swt murahkan rezeki, lagi diberkati NYA dan diberikan ganjaran yang sewajarnya atas perkongsian rezeki yang dihulurkan. Aamiin 


carpet lama surau 
       


                           











En Muadz dari Haromain Carpets & Services
bersama pekerja beliau 






Serahan Pa System kepada Ust Taufik
dari bhgn. Unit Ehwal Islam HSB





Alhamdulilah sedikit sumbangan untuk 4 keluarga mangsa banjir di Taman Lela Kemunting Perak telah diberi kepada mereka pada 22/11/2023


















 

Tuesday, September 23, 2025

BANTUAN AIDIL ADHA 1446H

 Alhamdulillah bantuan Aidil Adha 1446H telah diagihkan kepada asnaf-asnaf bertempat di Surau Ismail Kharofa Taman Berembang Port Klang pada 4 June 2025. Seramai 20 keluarga bersama kanak-kanak telah menerima bantuan pelbagai barangan sempena Hari Raya Aidil Adha. Jutaan terima kasih kepada penderma-penderma yang telah memberi bantuan kepada penduduk disini.

Manakala pada 7 June 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446H bertempat di Kg Sangkut Ijok Perak telah diadakan penyembelihan lembu Qurban untuk diagihkan kepada orang-orang kampung golongan fakir miskin di kampung tersebut dan juga agihan kepada penduduk kampung berdekatan. Jutaan terima kasih kepada penderma dari Shah Alam yang sudi memberi seekor lembu untuk di korban kan sempena Aidil Adha di kampung yang tidak mendapat sumbangan lembu dari mana-mana pihak disana. 






















melawat rumah asnaf yang didiami seramai lebih 8 keluarga
bersama anak-anak mereka









































Gambar dibawah adalah bantuan beras fidyah kepada 30 keluarga asnaf di Kg Sangkut juga, kampung ini mempunyai seramai 30 keluarga yang daif yang sering menerima bantuan dari pihak Badan Amal ini. Didoakan semoga individu (arwah) yang telah memfidyahkan puasa nya ini mendapat ganjaran pahala yang besar dan diampunkan segala dosa-dosa nya. Aamiin YRA